Saturday, 23 July 2011

HIDUP BERJIRAN

Memang ternyata hiup berjiran di kampung dan di bandar jauh berbeza.  Boleh dikatakan macam langit dan bumi.

Sudah lebih sepuluh tahun saya berhijrah bekerja di kota.  Dari menyewa rumah berkongsi bersama kawan hinggalah menyewa sendiri setelah bekeluarga.

Saya perhatikan semangat kejiranan di bandar amat lain.  Di bandar ini ia berbeza mengikut kelas dan lokasi.

Jika di kawasan golongan bawahan kesederhana, ia lebih cenderung kepada ciri-ciri di kampung.  Apabila tarafnya naik kepada golongan menengah dan atasan, semangat kejiranan lebih kepada masyarakat individualistik.

Di kawasan bawahan dan sederhana, masih kenal antara sama lain, masih mahu bekerjasama.  Tetapi suka juga ambil tahu hal-hal peribadi dan bergaduh atas isu-isu yang remeh.  Umpamanya jiran boleh bertengkar dan bermasam muka kerana anak-anak bergaduh atau kerana cemburu suami membantu jiran lebih sedikit.

Berbeza dengan masyarakat golongan menengah dan atasan.  Kebanyakannya begitu formal.  Malah ada yang sampai tidak kenal antara satu sama lain.

3 comments:

  1. Salam Reen.
    Secara rambang memang begitu.
    Tapi banyak pengecualiannya.

    ReplyDelete
  2. Salam Reen.
    Sebenarnya terpulang kepada individu & insan-insan berkenaan. Yang baik, di mana pun baik!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Kita sendirilah cuba sebaik terdaya menjadi jiran yang baik.

    ReplyDelete