Tuesday, 25 October 2011

LAWAK POLITIK

Seronok juga dengar lawak politik ni.  Mungkin ramai sudah tahu, tapi aku rasa lawak masih tetap segar.

Memang kita tahu cakap orang politik ni banyak yang temberang saja.  Kadang tu nampak jelas sangat mereka tu bergelut dengan segala permainan politik.  Maka itu la ada banyak lawak-lawak politik!

Yang paling popular ialah ucapan mereka, 'kita sedang berusaha menangani masaalah ini!'  Maksudnya tu adalah mereka belum buat apa-apa lagi setakad waktu berkenaan!

Satu lawak yang memang amat popular ialah apabila mereka sering berkata, 'Ada sedikit salah faham!'  Tentulah maksudnya mereka sudah berbohong!

Anehnya, majoriti masih juga mendokong.  Memang ramai masih memilih menjadi pak turut dengan harapan akan turut mendapat habuan!

Tuesday, 11 October 2011

JAUHI SIFAT SOMBONG DAN TAKBUR

Semasa ada mesyuarat bersabit dengan keberangkalian untuk dapat berkerjasama, CEO pihak yang sebelah lagi kelihatan begitu angkuh sekali.  Begitu banyak syarat yang diletakkan.  Beliau dan syarikat mereka juga seperti meremehkan kebolehan kami.

Saya teringat dengan ceramah agama tentang sifat sombong dan takbur.  Sebagai mengingatkan diri, dan juga untuk berkongsi, saya buat N3 ini.

Sebenarnya tidak berapa ingat sangat tentang Hadith yang berkaitan.  Tapi secara fahaman kasarnya, maksudnya adalah berkisar kepada bahawa orang yang ada perasaan sombong tidak akan masuk ke Syurga.

Pendeknya sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam.  Kita janganlah ada sifat menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain.  Perbuatan sedemikian akan hanya menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain dan memungkinkan berlakunya permusuhan.