Wednesday, 9 November 2011

MAKAN ROTI ARAB

Aku teringin sangat nak buat roti Arab sendiri.  Tapi tak ada pulak resipinya.

Hari itu tak copy pulak resipi Kak G.  Sekarang blognya tak boleh masuk.  Tak tahu pasal apa.  Yang pasti aku tak boleh nak buat ikut resipinya la!  :(

Oleh kerana teringin nak makan, aku dan famili pergi la makan dekat restoran Arab.  Inilah rupanya.


Kami makan dengan pencicah atau colek terung yang diberi nama baba ganoush.  Harganya boleh tahan mahal!  Tapi rasanya sedikit hangit dan juga liat - sungguh mengecewakan.

Semakin rindu pula nak makan hasil dari resipi kak G tu.  Jauh lebih sedap!  Sedihnya.  Huhu!

Tuesday, 25 October 2011

LAWAK POLITIK

Seronok juga dengar lawak politik ni.  Mungkin ramai sudah tahu, tapi aku rasa lawak masih tetap segar.

Memang kita tahu cakap orang politik ni banyak yang temberang saja.  Kadang tu nampak jelas sangat mereka tu bergelut dengan segala permainan politik.  Maka itu la ada banyak lawak-lawak politik!

Yang paling popular ialah ucapan mereka, 'kita sedang berusaha menangani masaalah ini!'  Maksudnya tu adalah mereka belum buat apa-apa lagi setakad waktu berkenaan!

Satu lawak yang memang amat popular ialah apabila mereka sering berkata, 'Ada sedikit salah faham!'  Tentulah maksudnya mereka sudah berbohong!

Anehnya, majoriti masih juga mendokong.  Memang ramai masih memilih menjadi pak turut dengan harapan akan turut mendapat habuan!

Tuesday, 11 October 2011

JAUHI SIFAT SOMBONG DAN TAKBUR

Semasa ada mesyuarat bersabit dengan keberangkalian untuk dapat berkerjasama, CEO pihak yang sebelah lagi kelihatan begitu angkuh sekali.  Begitu banyak syarat yang diletakkan.  Beliau dan syarikat mereka juga seperti meremehkan kebolehan kami.

Saya teringat dengan ceramah agama tentang sifat sombong dan takbur.  Sebagai mengingatkan diri, dan juga untuk berkongsi, saya buat N3 ini.

Sebenarnya tidak berapa ingat sangat tentang Hadith yang berkaitan.  Tapi secara fahaman kasarnya, maksudnya adalah berkisar kepada bahawa orang yang ada perasaan sombong tidak akan masuk ke Syurga.

Pendeknya sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam.  Kita janganlah ada sifat menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain.  Perbuatan sedemikian akan hanya menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain dan memungkinkan berlakunya permusuhan.

Friday, 30 September 2011

RAMAI PULAK SAKIT PERUT

Minggu ini ramai bercerita pasal sakit perut yang teruk di musim Raya ini.  Ingatkan aku sorang saja.  Rupanya begitu ramai lagi juga turut menjadi mangsa sakit perut.

Mungkin juga kerana terlalu banyak sangat makanan yang pedas dan lemak.  Cuaca pula tak menentu.  Di hari panas, minum air ais dengan banyak pulak.  Marah la sang perut!

Saturday, 17 September 2011

DEMAM RAYA

Tahun ini lama pula kita semua beraya.  Mungkin kerana kebetulan cuti sekolah, cuti Merdeka dan cuti Hari Malaysia.

Hari ini pun orang terus beraya.  Ramai orang masih membuat rumah terbuka.  Yang dijemput serba salah juga dibuatnya.

Ada yang sampai demam kerana terlalu banyak makan makanan yang tinggi kolestrolnya serta banyak minum air ais.  Cuaca pula tidak menentu dengan sekejap hujan dan sekejap panas.

Tuesday, 30 August 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ini kita merayakan kejayaan di bulan Ramadhan. Sempena perayaan yang mulia ini, saya ucapkan selamat untuk semua.
SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
1432H/2011M
MAAF ZAHIR BATIN

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT BERPUASA
DAN
MENYEMARAKKAN RAMADHAN

Alhamdulillah kita diberkati untuk berjumpa Ramadhan tahun ini.  Harapan agar kita dipanjangkan umur dan mendapat peluang untuk dapat melakukan segala yang baik untuk Ramadhan kali ini.

Semoga Allah SWT merahmati kita dengan sepenuh keredhaanNYA. Amin, Amin.

Saturday, 23 July 2011

HIDUP BERJIRAN

Memang ternyata hiup berjiran di kampung dan di bandar jauh berbeza.  Boleh dikatakan macam langit dan bumi.

Sudah lebih sepuluh tahun saya berhijrah bekerja di kota.  Dari menyewa rumah berkongsi bersama kawan hinggalah menyewa sendiri setelah bekeluarga.

Saya perhatikan semangat kejiranan di bandar amat lain.  Di bandar ini ia berbeza mengikut kelas dan lokasi.

Jika di kawasan golongan bawahan kesederhana, ia lebih cenderung kepada ciri-ciri di kampung.  Apabila tarafnya naik kepada golongan menengah dan atasan, semangat kejiranan lebih kepada masyarakat individualistik.

Di kawasan bawahan dan sederhana, masih kenal antara sama lain, masih mahu bekerjasama.  Tetapi suka juga ambil tahu hal-hal peribadi dan bergaduh atas isu-isu yang remeh.  Umpamanya jiran boleh bertengkar dan bermasam muka kerana anak-anak bergaduh atau kerana cemburu suami membantu jiran lebih sedikit.

Berbeza dengan masyarakat golongan menengah dan atasan.  Kebanyakannya begitu formal.  Malah ada yang sampai tidak kenal antara satu sama lain.

Monday, 4 July 2011

SEKADAR UNTUK RENUNGAN

Sekarang ini banyak perkara yang terjadi sana dan sini.  Kemudian pemimpin bercerita itu dan ini.

Ada perkara yang kita tahu, tapi tak boleh sewenangnya memberitahu.  Tetapi ada juga yang kita tahu.  Memang banyak perkara menglirukan kita.

Sebagai renungan untuk kita bersama, mari kita sama-sama maksud sebuah Hadis Nabi.  Maksudnya adalah seperti berikut:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran
hendaklah dicegah dengan kuasa,
Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan,
Jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....
Itu adalah selemah-lemah iman."

Friday, 24 June 2011

FOLLOW ME FOLLOW U

Well!  Apparently caranya cenggitu kata kawan-kawan.  They said, kita kena be cyber friendly and develop friendship with other bloggers.

I just hope to have some good friends who are willing to to accept me as I am.  So I abide by my friends' advice.

As the next step, I have started following my friends and those few yang recommended by my friends.  I am also following back blogger friends who have followed me.

Tuesday, 21 June 2011

IM A BLOGGER

I have just registered myself as a blogger.  Hopefully, this is a good option.