Aku teringin sangat nak buat roti Arab sendiri. Tapi tak ada pulak resipinya.
Hari itu tak copy pulak resipi Kak G. Sekarang blognya tak boleh masuk. Tak tahu pasal apa. Yang pasti aku tak boleh nak buat ikut resipinya la! :(
Oleh kerana teringin nak makan, aku dan famili pergi la makan dekat restoran Arab. Inilah rupanya.

Kami makan dengan pencicah atau colek terung yang diberi nama baba ganoush. Harganya boleh tahan mahal! Tapi rasanya sedikit hangit dan juga liat - sungguh mengecewakan.
Semakin rindu pula nak makan hasil dari resipi kak G tu. Jauh lebih sedap! Sedihnya. Huhu!